BUNDESLIGA
Robben yakin Schweinsteiger mampu jadi pengarah Bayern
Pemain sayap Bayern Munich, Arjen Robben, percaya bekas rakan sepasukannya, Bastian Schweinsteiger, mampu menjadi pengarah pasukan yang bagus sekiranya dia mahukan jawatan itu dalam skuad di masa akan datang.
Schweinsteiger kembali ke Bavaria ketika perlawanan testimonial untuknya awal pagi semalam tatkala pasukan yang diwakilinya ketika ini, Chicago Fire, berdepan Bayern dalam aksi yang menyaksikan kelab Jerman itu menang 4-0.
Pada usia 34, Schweinsteiger dilihat telah menghampiri penghujung karier dan Robben percaya dia masih mampu menyumbang buat Bayern selepas bersara.
Iklan
Schweinsteiger menghabiskan masa selama 17 tahun bersama Bayern, menyertai skuad utama daripada akademi pada usia 13 tahun sambil pemain-pemain seperti Hasan Salihamidzic, Uli Hoeness dan Karl-Heinz Rummenigge telah memegang jawatan dalam pasukan selepas mewakili kelab.
Robben yakin Schweinsteiger layak untuk berada dalam barisan eksekutif Bayern.
"Ya, sudah tentu tetapi dia harus benar-benar mahu melakukannya.
"Saya tidak tahu apa yang dia rancang, mungkin dia mahu melakukan sesuatu yang berbeza. Saya tidak pasti.
"Namun, sudah pasti. Seseorang seperti Schweinsteiger sentiasa berguna dalam pasukan anda."
Must-Watch Video