Skip to main content

Bola Sepak

Robben: Saya tidak rasa seperti 34 tahun

arjenrobben.jpg
Arjen Robben meletakkan sasaran untuk kekal cergas "bagi jangka masa panjang" selepas menjaringkan salah satu gol terbaiknya ketika membantu Bayern Munich menang 3-1 ke atas Bayer Leverkusen. 

Pemain berusia 34 tahun itu melepaskan rembatan voli pada minit ke-19 untuk mengubah rentak permainan selepas Corentin Tolisso menyamakan kedudukan bagi menafikan gol pembukaan Wendell.

Pemain sayap veteran itu tidak memberikan petanda kawalannya semakin tumpul sebelum menjaringkan gol tersebut dan berharap dapat kekal berada dalam skuad kendalian Niko Kovac itu. 

"Saya telah melakukan percubaan dan ia berhasil. Tuah memihak kepada saya," kata Robben.

"Saya sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dan jika saya tidak diturunkan, saya akan tetap berusaha."

Jaringan Robben itu merupakan yang ke-97 dalam saingan Bundesliga dan ke-140 untuk Bayern dalam semua kejohanan dan berkata dia berasakan lebih mantap beraksi dalam musim yang ke-10 bersama The Bavarians.

"Saya kini berusia 34 tahun dan cuba untuk menikmati setiap saat ketika beraksi.

"Saya tidak tahu hingga bila dapat mengekalkan kecergasan ini tetapi saya tidak berasakan seperti berusia 34 tahun buat masa ini. Saya berasa sangat cergas dan mahu mengekalkan tahap terbaik."

Advertisement

Must Watch Video