Skip to main content

Bola Sepak

Robben: Boateng pemain penting buat Bayern

jeromeboateng-cropped_145qje77agwi71s47i5l2rih3f.jpg
Arjen Robben menyifatkan Jerome Boateng sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik dunia dan percaya kewibawaan Bayern Munich dalah menentukan masa depan bek Jerman itu.

Boateng menjadi sasaran media yang melaporkan bahawa dia akan menyertai Manchester United sambil pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, turut menginginkan khidmat pemain berusia 29 tahun itu.

Robben yang telah beraksi bersama Boateng selama enam tahun bersama Bayern mendedahkan dia akan kecewa sekiranya pemenang Piala Dunia 2014 itu meninggalkan kelab.

"Bagi saya, Boateng adalah salah seorang bek terbaik dunia," kata Robben.

"Kami banyak meraih kejayaan bersamanya sebelum ini dan saya amat mengenalinya.

"Boateng sangat penting untuk pasukan tetapi kami mempunyai banyak persaingan untuk mengetuai setiap keputusan."

Sekiranya dia berhijrah, Boateng akan menjadi nama besar kedua yang meninggalkan pasukan selepas Arturo Vidal secara mengejut menyertai Barcelona.

Dalam masa sama, Robben juga yakin bahawa Bayern, yang hanya memenangi satu kejuaraan musim lalu, tidak akan melepaskan mana-mana pemain selepas ini.

"Saya percaya di sebalik potensi untuk membawa masuk pemain baru, penting buat kami tidak kehilangan tenaga lain selain Vidal.

"Itu perkara paling penting kerana kami memiliki banyak kualiti dalam pasukan. Perkara ini harus kekal dan kami akan berjaya. Kami telah berbincang mengenai sasaran pasukan.

"Sekurang-kurangnya, kami mahu melebihi pencapaian satu trofi yang dijulang musim lalu."

Advertisement

Must Watch Video