Skip to main content

Bola Sepak

Rizal bakal berdepan hukuman

football-asian-games.jpg
Hukuman denda RM25,000 menanti pertahanan Harimau Malaya, Rizal Ghazali, andai pemain itu terus berdiam diri dengan panggilan kem skuad kebangsaan.

Ia ditegaskan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar, dengan beberapa tambahan hukuman melibatkan saingan liga.

"Kita hanya boleh mengambil tindakan jika beliau tidak menghadiri latihan kebangsaan pada tarikh FIFA tersebut, jadi apa yang boleh dilakukan hanyalah menunggu sampai tarikh tersebut iaitu pada 21 Mac.

"Jika pada tarikh tersebut beliau tidak menghadirkan diri, kita akan bawa perkara ini kepada jawatankuasa tatatertib yang boleh mengambil keputusan dan sebarang tindakan ke atas pemain tersebut," katanya.

Sehingga ke saat ini, FAM masih menunggu surat sebab daripada pemain Sabah itu, bagaimanapun tindakan ke atas pemain itu tidak dapat dilaksanakan ekoran tempoh ketika ini bukan dalam tarikh kalendar FIFA.

Kelibat Rizal masih diterima FAM andai pemain itu lapor diri 2 hari sebelum bermulanya kalendar FIFA pada 21 hingga 29 Mac 2022.

Selain dari Rizal, Syahmi Safari juga gagal hadir ke kem kebangsaan atas alasan yang diterima pihak FAM.

Advertisement

Must Watch Video