Aidil Sharin Sahak berpeluang muncul sebagai jurulatih asing pertama dalam sejarah bola sepak Kedah yang menjulang kejuaraan Piala FA setelah mengesahkan slot ke final 2019 dalam aksi dramatik di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam tadi.
Sejak Piala FA diperkenalkan pada 1990, Kedah sudah pun mendakap piala itu sebanyak empat kali di bawah tiga jurulatih berbeza, iaitu Mosthakeen Omar pada 1996 manakala Azrai Khor Abdullah membantu meraihnya dua tahun berturut-turut pada 2007 dan 2008 dan disusuli Nizam Adha Yusoff pada 2017.
Jurulatih dari Singapura itu mula membimbing Lang Merah musim ini dan merencanakan strategi terbaik setelah perjalanan mereka disekat Pahang dalam pusingan ketiga tahun lalu.
"Alhamdulillah saya sangat gembira tetapi ia bukanlah berkenaan perasaan saya tetapi perasaan pemain yang lebih penting.
"Merekalah yang berhempas-pulas di atas padang dan saya hanya memberi panduan kepada mereka di tepi padang serta memainkan peranan sebagai bapa kepada mereka dalam pengurusan (karier).
"Pemain seperti Baddrol Bakhtiar, Renan Alves, Farhan Roslan dan Syakir Hamzah telah memberikan aksi 100 peratus, jadi saya menagih aksi konsisten daripada mereka," katanya.
Kejayaan ke final juga mendekatkan lagi skuad utara itu yang sudah mula bercita-cita untuk membuat penampilan semula di pentas Asia.
Juara Piala FA 2019 dijanjikan slot tersebut, namun ia akan bergantung ranking kelab Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sama ada wakil dari Malaysia akan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) ataupun Piala AFC.
"Ia (perlawanan akhir Piala FA) tidak akan menjadi perlawanan yang mudah, apatah lagi setiap pasukan semakin mantap.
"Tetapi apa yang mustahak, kami perlu tingkatkan prestasi dan barulah kami boleh bercakap tentang saingan Asia kerana saingannya di tahap berbeza," tambahnya.
Sementara itu, kem Felda United sugul apabila kebangkitan yang dipamerkan dalam babak kedua tidak cukup untuk membantu mereka menempah slot ke final buat kali kedua sejak 2014.
Jurulatihnya, Nidzam Jamil, menyifatkan kejayaan ke separuh akhir sebagai pencapaian terbaiknya dalam Liga Malaysia (Liga-M) sepanjang bergelar jurulatih sejak tujuh tahun lalu.
Dia mengakui terkilan kerana hanya kurang satu jaringan untuk membawa mereka ke pentas final.
"Saya terkilan sebab kami berjaya (menang).
"Semua orang dalam pasukan ini percaya dengan peluang kami tatkala orang lain langsung tidak mempercayai kemampuan kami.
"Kami begitu hampir (ke final)," katanya.
Tiga gol daripada rembatan pertahanan, Thiago Aquino, disusuli lencongan menarik S. Chanturu dan jaringan Hadin Azman pada minit kecederaan membantu Felda menang 3-2, namun ia gagal memadamkan kelebihan yang dimiliki Kedah dengan peraturan jaringan di tempat lawan.