Skip to main content

Bola Sepak

Richmond Ankrah dipinjamkan ke Penang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

richmond.jpg
Pemain pertahanan Selangor, Richmond Tetteh Ankrah, bakal menyumbangkan bakti bersama pasukan Penang FC secara pinjaman bagi menguatkan benteng pertahanan pasukan dari Utara tanah air itu menjelang saingan Liga Super Malaysia (MFL) 2024/2025, pada Mei nanti.

Pemain dengan ketinggian 190 cm itu dilihat kurang mendapat minit permainan pada saingan liga musim lepas selepas menandatangani kontrak dari Accra Lions FC dua tahun lalu.

 

Dia menjadi pemain kedua dari Selangor yang dipinjamkan ke kelab itu selepas penjaga gawang, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, justeru menjadi pemain import ketiga pasukan Penang untuk musim ini.

Advertisement

Must Watch Video