Skip to main content

Bola Sepak

Rice sangat bernilai buat West Ham -- Moyes

declan-rice_q.jpg
Declan Rice bernilai lebih GBP100 juta kepada West Ham, menurut David Moyes.

Rice telah menikmati satu lagi musim yang cemerlang bersama West Ham, susulan kempen Euro 2020 yang mengagumkan bersama England.

Pemain berusia 23 tahun itu menjaringkan gol penyamaan terakhir untuk memaksa masa tambahan dalam perlawanan Piala FA West Ham dengan Kidderminster Harriers, dengan Jarrod Bowen kemudian menghantar pasukan Moyes ke pusingan kelima.

Manchester United, Chelsea dan Manchester City adalah antara pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) dikhabarkan berminat terhadap Rice.

"Ya," kata Moyes pada sidang akhbar pada hari Isnin apabila ditanya sama ada Rice bernilai lebih £100m, yang merupakan bayaran perpindahan rekod yang dibayar untuk pemain Britain selepas perpindahan Jack Grealish dari Aston Villa ke Man City.

"Saya berasakan saya telah mengatakan segala-galanya tentang Declan. Dia pemain yang sangat penting untuk West Ham, dia seseorang yang sangat kami menghargai dan anda boleh melihat kehadirannya ke dalam pasukan.

"Dia seorang individu yang sangat baik dan kami seronok memilikinya."
 
 

Advertisement

Must Watch Video