Skip to main content

Bola Sepak

Revolusi Di Padang Kita!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

padang.jpg
Revolusi Di Padang Kita.

Di padang berdebu sejarah tercipta,
Dulu hanya anak tempatan yang melata
Kini langkah asing mengisi lorong
Berkasut negara berlambang jalur dijunjung.

Mereka datang dari jauh dan dekat,
Dengan tekad bakat dan semangat.
Bukan sekadar mengisi kekosongan,
Tetapi membawa harapan dan kebangkitan.

Naturalisasi  kata yang dulu asing,
Kini jadi senjata dalam perjuangan yang genting.
Kerakyatan bukan sekadar di kertas,
Tapi di dada mereka  ada cinta yang jelas.

Ada yang bertanya, "Di mana jati diri?"
Tapi bukankah semangat itu tak kenal negeri?

Jika mereka berjuang hingga titis terakhir,
Layakkah kita menolak hanya kerana darah?

Negaraku pun melangkah berani
Dalam arus bola sepak moden yang menderu kini.
Pemain luar jadi sebahagian nadi,
Menyatu di padang, menyatu di hati menjadi sebahagian dari kita!

Ini revolusi  bukan sekadar import
Tapi pilihan untuk masa depan yang kuat.

Bukan menafikan anak watan
Tapi memperkuatkan barisan harapan
anak watan buktikan kemampuan menjadi mapan.

Mamu Lekir

Advertisement

Must Watch Video