BORUSSIA DORTMUND 7 NURNBERG 0
Marco Reus menjaringkan golnya yang ke-100 untuk Borussia Dortmund dalam kemenangan 7-1 dalam aksi Bundesliga di Nurnberg, awal pagi tadi.
Selepas melepaskan rembatan deras dari jarak 20 ela yang terbias sebelum menewaskan Fabian Bredlow dalam separuh masa pertama, Reus mencapai angka tersebut dengan penyudah tenang ke sudut bawah kanan pintu gol selepas menerima umpanan Jacob Bruun Larsen.
Ia adalah lanjutan usaha memberangsangkan Bruun Larsen pada minit kesembilan yang membuka tirai jaringan dengan lambungan menarik hasil kerja keras Christian Pulisic sementara Reus menokok gol kedua peribadinya selepas menerima hantaran Achraf Hakimi untuk melebarkan kedudukan kepada 3-0.
Selepas ketua pasukan Dortmund itu merakamkan gol ke-100 itu, Manuel Akanji mengambil kesempatan untuk menghukum Tim Leibold di dalam kotak penalti pada minit ke-74.
Pemain gantian, Jadon Sancho dan Julian Weigl, kemudian menemui sentuhan pemusnah dalam tempoh lima minit terakhir perlawanan untuk melengkapkan kemenangan skuad bimbingan Lucien Favre itu.
Dortmund melonjak ke tangga kedua, dua mata di belakang Bayern Munich selepas juara bertahan itu seri dengan Augsburg semalam.