Cristiano Ronaldo merakamkan jaringan ke-400 sejak berusia 30 tahun menerusi gol pembukaan memukau dalam kemenangan 2-0 Al Nassr ke atas Al Khaleej, awal pagi tadi.
Ronaldo, 38, di luar kotak penalti sebelum memperdayakan lawan yang disudahi satu rembatan kencang yang menggegar jaring pada minit ke-26.
Bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu mengambil sentuhan untuk mengatur dirinya sebelum merembat bola ke bumbung jaring dari luar arka penalti.
Ia merupakan gol liga ke-12 Ronaldo dalam kancah Liga Pro Saudi musim ini untuk meletakkannya sebagai penjaring terbanyak di depan Aleksandar Mitrovic yang menyertai Al Hilal dari Fulham pada Ogos lalu.
He’s done it again ? pic.twitter.com/ZrEsMXpeEF
— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) November 4, 2023
Gol sumbangan Sadio Mane terlebih dahulu dibatalkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapatinya ofsaid.
Pertahanan Sepanyol, Aymeric Laporte, menokok gol kedua pada minit ke-58 untuk memastikan kemenangan itu yang meletakkan Al Nassr empat mata di belakang pendahulu liga, Al Hilal.
CRISTIANO RONALDO WHAT A GOAL! ? pic.twitter.com/sz1PevASvq
— TC (@totalcristiano) November 4, 2023