Penyerang Kuala Lumpur, Guilherme de Paula, meletakkan misi menyelamatkan pasukannya sebagai keutamaan walaupun dia berpeluang memadam rekod 67 gol legenda, Fandi Ahmad, dalam perlawanan menentang Pahang, malam esok.
De Paula memerlukan dua gol untuk mengatasi pencapaian hebat Fandi selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman skuad Warga Kota itu.
Berpeluang melakukannya dalam pertemuan menentang Pahang di Stadium Darulmakmur, De Paula bagaimanapun enggan mengejar misi peribadi itu.
Sebaliknya, pemain kelahiran Brazil itu mahu memastikan pasukannya mencipta kemenangan untuk mereka keluar daripada kelompok bawahan liga.
"Saya memiliki peluang untuk memecahkan rekod Fandi tetapi baki perlawanan ini harus dijadikan keutamaan kerana kami mahu keluar dari kelompok bawahan," katanya.
Kudrat calon pemain naturalisasi negara itu cukup ditagih untuk aksi berdepan skuad Tok Gajah selepas Kuala Lumpur tewas dalam tiga aksi terakhir.
De Paula ketika ini sudah meledak 11 gol, iaitu lapan gol dalam aksi Liga Super dan tiga gol dalam saingan Piala FA.