Skip to main content

Bola Sepak

Rekod buruk Man Utd di Sepanyol suntik keyakinan Celta

celta-vigo-210417.jpg
Bos Celta Vigo, Eduardo Berizzo, percaya aksi separuh akhir pertama Liga Europa menentang Manchester United adalah perlawanan impian untuk bandar Galicia.

Anak buah Berizzo menewaskan Genk dalam saingan suku akhir menuju ke perlawanan awal pagi esok di Balaidos dengan pencapaian tiga kekalahan LaLiga berturut-turut.

Ia bukan prestasi yang sesuai untuk persediaan kelab itu tetapi bos Celta itu yakin pasukannya akan bangkit.

"Jika kita bercakap mengenai peluang final Liga Europa, saya fikir perlawanan ini adalah sama penting seperti itu," katanya dalam sidang akhbar pra-perlawanan. 

"Tetapi, ini adalah perlawanan antarabangsa, jadi ia adalah perlawanan yang semua penyokong kami mahu saksikan.

"Wujud kegembiraan dan impian yang sangat jelas untuk bandar ini. Vigo sentiasa hidup dan bermimpi mempunyai sesuatu seperti ini, jadi ini adalah perlawanan yang hebat untuk bandar ini.

"Ramai pemain muda kami mempunyai pengalaman beraksi lebih daripada 100 perlawanan LaLiga, jadi mereka sudah bersedia. Mereka matang dengan cepat untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat ini."

Ia dirangsang oleh rekod hambar United yang hanya merakamkan dua kemenangan dalam 22 lawatan mereka ke Sepanyol sebelum ini untuk mereka mengintai perlawanan akhir di Stockholm, akhir bulan ini.

"Berbanding berasa gentar, saya akan mengatakan United sebuah pasukan yang dihormati," kata Berizzo. "Kami menentang pasukan hebat dalam Liga Europa ini tetapi Man United sudah pasti salah satu yang terbaik.

"Bagaimana untuk kami menang? Dengan mempercayai kemampuan pasukan sendiri. Pasukan ini mempunyai identiti yang jelas, mereka mempunyai keyakinan terhadapnya -- menguasai permainan serta menyerang dengan pantas -- dan satu-satunya cara untuk mengalahkan United adalah dengan mempercayai kemampuan kami. 

"United melakukan perubahan berdasarkan lawan yang dihadapi dan kami perlu bersedia untuk it, tetapi kami akan menang dengan identiti, keyakinan tinggi dan keinginan sambil berharap bahawa statistik United kekal -- dua kemenangan di Sepanyol."

Bekas pemain muda Manchester City, John Guidetti, dijangka menerajui serangan di samping Iago Aspas, yang sekali lagi melalui detik hebat di Celta setelah bergelut di Liverpool dan Sevilla.

"Iago telah matang secara peribadi dan itu adalah perbezaannya, melebihi pengaruh ke atasnya," kata Berizzo lagi. 

"Dia benar-benar mengambil alih kepimpinan pasukan dan bermain di sebelah kanan benar-benar memberikan dia kebebasan. 

"Itu membolehkan dia untuk berganding lebih baik dengan penyerang tengah dan menjadi nadi penting untuk kami."

Advertisement

Must Watch Video