Selangor berada di tangga kelima Liga Super, namun dengan dibolosi sebanyak 16 kali, ia memberi petanda jelas bahawa skuad Gergasi Merah itu sedang berdepan ketidakseimbangan komponen pasukan.
Rekod 16 kali bolos itu meletakkan Selangor di kedudukan kedua paling banyak selepas pasukan tercorot Liga Super, Kuala Lumpur (18).
Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan, sedang berjaga-jaga dengan situasi itu kerana ia menggambarkan kerapuhan barisan pertahanannya.
Jurang prestasi di antara pemain tengah dan pertahanan pasukan itu begitu ketara dan jumlah bolos itu adalah rujukan terbaik untuk menilai kelemahan utama Selangor ketika ini.
"Jurang itu terlampau besar di antara pertahanan dan pemain tengah.
"Keadaan itu dieksploitasi Safiq Rahim untuk membuktikan kelemahan kami.
"Kami perlu terus beraksi kompak dan menekan ke depan," katanya
Sathianathan enggan berputih mata menjelang aksi Liga Super dengan Perak, Jumaat ini, memandangkan Selangor kini berkongsi 12 mata dengan Kedah dan PKNS FC.
Walaupun bermula hambar sepanjang lima perlawanan pertama, tiga kemenangan berturut-turut yang diraih mereka selepas itu mengubah wajah Selangor musim ini.
"Kami perlu berusaha lebih untuk menghadapi Perak dan kekal fokus kerana mereka memiliki ramai pemain yang boleh menghukum kami, terutama dalam situasi bola mati.
"Kami perlu berjaga-jaga," tambahnya.