Skip to main content

Bola Sepak

Rekod baik bertemu Perak bukan jaminan -- Rajagobal

pkns-fc.jpg
Pengendali PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, beranggapan rekod pertemuan positif belum memberi jaminan buat pasukannya untuk menewaskan Perak dalam pertemuan suku akhir pertama Piala Malaysia di Ipoh, malam ini.

Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua pasukan sudah bertembung empat kali musim ini dengan dua kemenangan memihak PKNS, termasuk aksi suku akhir Piala FA dengan Semut Merah mengatasi lawan dengan agregat 4-3. 

Di sebalik rekod berkenaan, Rajagobal mengakui cabaran dalam kejohanan seperti Piala Malaysia amat berbeza, apatah lagi di peringkat kalah mati.

"Ini pertandingan yang berbeza.

"Dalam Piala Malaysia ini, kita boleh lihat semua pasukan bermain dengan baik. 

"Apa yang saya nak, pemain fokus tanpa memikirkan pencapaian ke atas Perak sebelum ini," ujarnya. 

Rajagobal dijangka tidak banyak membuat rombakan terhadap kesebelasan utamanya bagi pertemuan ini dengan PKNS dijangka kekal dengan corak menyerang.

Keberkesanan penyudah Rafael Ramazotti sekali lagi menjadi sandaran dengan reputasi empat gol dalam saingan di peringkat kumpulan.

Sejumlah 18 gol berjaya dijaringkan mereka dalam enam perlawanan dan itu antara aspek positif yang diharapkan Rajagobal untuk diteruskan oleh skuad kendaliannya.

"Saya mahu pemain beraksi dengan baik selepas saya menyampaikan pendekatan permainan kami untuk bertemu Perak di samping tenaga yang baik untuk menghasilkan intensiti dan persembahan yang bagus," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video