Walaupun akan merehatkan beberapa tonggak utama, pengendali Sabah, Jelius Ating, menegaskan pasukannya tetap mahu mencatat kemenangan ke atas Pahang dalam aksi terakhir Kumpulan D, Piala Malaysia di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini.
Aksi malam ini boleh dikatakan hanya sebagai pelengkap jadual peringkat kumpulan kerana Sabah dan Pahang masing-masing telah mengesahkan kedudukan di tangga pertama dan kedua selain sudah pun menempah tiket ke suku akhir.
"Tindakan saya merehatkan beberapa tonggak adalah disebabkan beberapa faktor, termasuk kecederaan serta bagi mengelak pemain digantung perlawanan dalam aksi suku akhir sekiranya mengutip kad kuning malam esok (ini)," katanya ketika dihubungi, semalam.
Jelius juga menjelaskan dia mungkin merehatkan ketua pasukan, Rawilson Batuil, dan Mohd Azzizan Nordin yang baru pulang daripada menyertai skuad kebangsaan.
"Selain itu, saya juga akan merehatkan Randy Baruh bagi mengelak dia dikenakan kad kuning seterusnya digantung perlawanan dalam suku akhir.
"Dua lagi pemain, iaitu Maxsius Musa dan Hamran Peter, juga akan direhatkan kerana Maxsius mengalami sakit perut manakala Hamran kini berada di Perak untuk membantu skuad Sukan Malaysia (Sukma) Sabah," katanya.
Sementara itu, Jelius berkata mereka tidak memandang mudah cabaran Pahang walaupun mereka kini berada di takhta Kumpulan D dan pernah mengikat skuad Tok Gajah itu di gelanggang lawan sebelum ini.
"Kami perlu mengekalkan rentak baik seterusnya cuba mencatat kemenangan bagi mengekalkan momentum untuk menghadapi suku akhir nanti."