LIGA SUPER MSIA
Regles usaha kembalikan semula semangat Gomo Kelate Gomo
Bekas pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin, menyeru agar penyokong Kelantan yang memberi sambutan hangat perlawanan amal di antara Reglers All Star dan Carabat FC malam ini dapat menyambungnya menerusi sokongan terhadapn wakil kelab negeri itu yang bakal beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.
Mungkin impak pemain ketika ini bukan seperti era ketika digelar Gergasi Pantai Timur pada satu ketika dulu tetapi dengan sokongan luar biasa, Daudsu yakin kegemilangan itu mampu dikembalikan.
"Datanglah beri sokongan kepada mana-mana kelab Kelantan yang misalnya beraksi dalam Liga Super.
Iklan
"Kerana dengan sokongan anda -- memberi tiket dan cenderahati -- sedikit sebanyak boleh membantu pasukan untuk bersaing dalam liga," katanya kepada Nadi Arena sebentar tadi.
Dalam masa yang sama, usaha yang diambil oleh Pengarah Urusan Regles Sdn Bhd, Wan Muhammad Syami Dazizi, yang juga merupakan anak jati merupakan salah satu inisiatif menghidupkan semula kemeriahan bola sepak Kelantan.
"Saya memang minat bola sepak Kelantan dan rindukan suasana di stadium.
"Seramai 15,000 penyokong datang berikan sokongan perlawanan di antara Bekas Pemain Kelantan dengan Bekas Pemain Pahang sebelum ini.
"Ini salah satu inisiatif agar anak muda di Kelantan masih terus minat dengan bola sepak walaupun keadaan macam tiada harapan buat mereka.
"Kebanyakan pemain muda macam tidak minat lagi bermain sedangkan bola sepak industri yang besar.
"Tujuan utama saya mengembalikan semangat dalam bola sepak," katanya.
Must-Watch Video