Kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk menarik balik sekatan perpindahan pemain buat Kedah Darul Aman pada Rabu lalu bukan jaminan untuk Sang Kenari kekal dalam Liga Super musim 2024/25.
Ini kerana keberadaan pasukan itu dalam liga divisyen utama berkenaan akan tetap bergantung kepada kelulusan lesen kebangsaan yang akan ditentukan oleh badan bebas, First Instance Body (FIB).

Sebelum ini, pasukan gergasi utara itu gagal melunaskan pembayaran tunggakan gaji bagi musim 2023 sebelum tarikh akhir pertama pada 30 Mac lalu sehingga dikenakan pemotongan tiga mata dan denda sebanyak RM50,000.
Ia bermakna, mereka perlu menyelesaikan tunggakan itu sebelum tarikh akhir kedua pada jam 5.00 petang, 20 April ini seandainya tidak mahu lesen kebangsaan mereka ditarik, sekali gus tidak layak beraksi dalam Liga Super.
Wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, menerusi segmen redONE Mobile Keluar-Masuk Liga M dalam Nadi Weekend hari ini, berkata: "Perpindahan, daftar pemain, boleh tetapi persoalannya ketika ini adalah lesen kebangsaan.
"Sebelum ini, FIB telah mengumumkan bahawa Kedah perlu menyelesaikan tunggakan gaji musim lalu pada tarikh akhir 20 April ini.
"Gaji belum diselesaikan lagi, kemudian didenda pula lagi, ibarat jatuh ditimpa tangga.
"Jadi, mampukah Kedah menyelesaikan kesemua tunggakan gaji itu pada tarikh akhir yang ditetapkan?
"MFL (Liga Bolasepak Malaysia) sendiri memaklumkan bahawa seandainya gagal, lesen kebangsaan Kedah boleh ditarik balik dan seandainya itu berlaku, hanya akan ada 12 pasukan dalam Liga Super musim ini," katanya.
Mengulas lanjut, Fadhirul menambah: "Sebagai pemerhati sukan, saya tidak mahu ia berlaku.
"Sudah cukuplah kita hilang Sarawak, kita hilang Kelantan, Perlis, tak kan Kedah pun kita nak hilang?
"Tetapi seandainya berlarutan tidak dapat diselesaikan, inilah jalan terakhir yang terpaksa dihadapi pasukan Kedah."