Jose Mourinho mengesahkan Manchester United gagal dalam usaha membawa penyerang Real Madrid, Alvaro Morata, ke Old Trafford.
United kerap dikaitkan dengan pemain antarabangsa Sepanyol itu sebelum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu memuktamadkan perjanjian dengan Romelu Lukaku dari Everton dengan nilai GBP75 juta (RM420.3j).
Mourinho menjadikan Morata sebagai buruan utama dalam persediaan mereka menghadapi cabaran kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL), bagaimanapun kata sepakat dengan Madrid gagal dicapai.
"Saya tidak gemar bercakap mengenai pemain yang bukan milik kami kerana Morata bukan pemain kami. Saya bukanlah sesiapa untuk bercakap mengenai pemain Real Madrid," kata Mourinho kepada pemberita.
"Ya, kami berminat dan ia adalah kenyataan dan bersikap umum. Kami gagal mencapai persetujuan ekonomi, itu juga jelas.
"Apapun, Real Madrid berhak meletakkan tanda harga ke atas pemain mereka. Bukan kami yang menentukan harga pemain Real Madrid dan kami tidak bersetuju dengan harga yang dikemukakan.
"Saya tidak mengkritik Madrid dan saya tidak akan mengkritik ahli lembaga kelab saya kerana kami telah membuat tawaran, mereka cuba mencapai persetujuan tetapi ia gagal. Itu sahaja."
Lukaku menjadi sandaran jentera serangan United dengan harga perpindahan kedua termahal -- selepas Paul Pogba -- dalam sejarah bola sepak British.
Mourinho mendakwa pengalaman Lukaku dalam EPL dan hubungan mereka di Chelsea merupakan sebab utama dia memilih tonggak Belgium itu.
"Dia merupakan jenis pemain yang semua orang sedia maklum. Dia seorang penyerang, maka kami tidak akan bercakap mengenai pemain serba boleh yang boleh mencetuskan kesangsian mengenai peranannya di dalam padang.
"Dia merupakan penyerang dan secara normalnya, penyerang menjaringkan gol," tambah Mourinho.
"Sebab dia menjadi penting dan apa yang dilakukannya sukar dicapai dalam EPL. Sudah tentu terdapat ramai lagi penyerang tetapi dalam EPL, ia habitat yang khusus, habitat yang berbeza.
"Selalunya mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dan Lukaku telah beraksi di sini selama empat atau lima musim.
"Saya tidak terlibat dengan rundingan, (Ketua Eksekutif) Ed Woodward yang berbincang dengan Romelu, ejennya (Mino Raiola) dan ahli lembaga pengarah Everton.
"Saya cuma menghubunginya apabila keputusan semakin dicapai untuk memastikan dia adalah tonggak penting dalam pasukan.
"Ia pengalaman yang bagus kerana kami pernah bekerjasama di Chelsea selama beberapa bulan dan ketika dia di Everton, hubungan kami sangat rapat biarpun kerjasama di antara kami tidak berjalan dengan baik.
"Dia bijak, sopan dan kami terus berhubungan. Saya optimis tentang peluang kami bekerjasama semula dalam situasi yang berbeza."