Diego Simeone percaya Real Madrid telah menangani penghijrahan Cristiano Ronaldo "dengan baik" di sebalik kekalahan 3-0 kepada Sevilla menjelang pertembungan dengan Atletico Madrid.
Los Blancos mengalami kekalahan pertama dalam saingan LaLiga musim ini di Estadio Ramon Sanchez Pizjuan, awal pagi Khamis lalu, dibolosi tiga jaringan dalam babak pertama dan gagal untuk bangkit hingga menamatkan rentetan empat kemenangan dalam lima perlawanan.
Keputusan itu menyaksikan Real ketinggalan dua mata di belakang Atletico menjelang El Derbi pada malam ini, dan Simeone menjangkakan aksi sengit berdepan skuad bimbingan Julen Lopetegui itu.
Lopetegui menggunakan Isco, Karim Benzema, Gareth Bale dan Marco Asensio di jentera serangan sejak beberapa minggu lalu, dan Simeone berasakan Real akan mengekalkan corak permainan itu selepas perpindahan Ronaldo ke Juventus sebelum musim ini bermula.
"Di sebalik keputusan perlawanan lalu, saya dapat melihat corak permainan yang ditampilkan Real," kata Simeone.
"Asensio dan Bale berkebolehan mengubah rentak permainan, Toni Kroos, Luka Modric dan Sergio Ramos mampu membaca permainan dan mereka bergandingan baik bersama Dani Ceballos and Isco.
"Ketiadaan Ronaldo diuruskan dengan baik oleh Real," ujarnya.
Simeone tetap berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan penyerang, Diego Costa, menjelang aksi di Santiago Bernabeu, dengan memuji pemain berusia 29 tahun itu di atas usahanya ketika berdepan Huesca.
Costa meledak dua gol dalam kemenangan 4-2 Atletico ke atas Real dalam Piala Super pada Ogos lalu tetapi gagal mencetak sebarang jaringan dalam musim terbaru LaLiga.
"Pada pandangan saya, dia telah bermain dengan baik, Costa terlibat dalam jaringan pertama pasukan.
"Dia seorang pemain yang memiliki kekuatan fizikal yang kuat."