Pemain sayap Real Madrid, Lucas Vazquez, menyifatkan kelabnya memiliki hubungan yang istimewa dengan Liga Juara-Juara (UCL).
Selepas meraih kemenangan 3-0 dalam aksi pertama separuh akhir, skuad kendalian Zinedine Zidane itu berada di dalam kedudukan yang baik untuk melangkah ke final.
Real merupakan kelab yang paling berjaya dalam saingan UCL, merekodkan 11 kemenangan dan Vazquez – pemenang kejohanan pada musim lalu -- berasakan Los Blancos mampu menjadikan saingan ini sangat istimewa.
"Real memiliki satu hubungan yang istimewa beraksi dalam perlawanan-perlawanan UCL," kata Vasquez.
"Ketika kami beraksi dalam perlawanan sebegini, ia membuat bulu roma kami meremang. Tiada perasaan yang lebih baik daripada itu.
"Setiap perlawanan berdepan Atletico adalah sukar kerana mereka adalah pasukan yang kuat, memiliki pemain-pemain yang berkualiti. Kami tahu cara untuk menewaskan mereka dan cuba memberikan yang terbaik."