Skip to main content

Bola Sepak

Real tidak beri tumpuan terhadap Barca -- Casemiro

7517casemiro.jpg
Casemiro menegaskan Real Madrid tidak memberikan fokus kepada keputusan Barcelona selepas mereka selangkah lebih hampir untuk bergelar juara LaLiga apabila menewaskan Granada 4-0.

Dua jaringan daripada James Rodriguez dan Alvaro Morata memastikan kemenangan skuad buat Los Blancos kendalian Zinedine Zidane.

Real bakal menghadapi aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara berdepan Atletico Madrid pada Rabu ini, sebelum mengharungi tiga perlawanan terakhir LaLiga berdepan Sevilla, Celta Vigo dan Malaga.

Casemiro menjelaskan bahawa dia berpuas hati dengan kemenangan Real ke atas Granada. 

"Ia merupakan perlawanan yang sukar. Kami bermula dengan baik," katanya.

"Kami tidak melihat apa yang dilakukan oleh Barcelona. Persembahan kami adalah keutamaan kami.

"Real memiliki kelebihan satu perlawanan dan jika kami memenangi semua perlawanan, kami akan menjuarai LaLiga."

Zidane merehatkan Toni Kroos, Luka Modric dan Marcelo di Estadio Nuevo Los Carmenes tetapi Casemiro menafikan kesebelasan utama Real berdepan Granada adalah pilihan yang kedua.

"Di dalam bola sepak, aksi separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) tidak membenarkan anda untuk berehat. Jika kami melakukannya, Atletico Madrid mampu menggugat kami.

"Kami perlu mempamerkan aksi terbaik dan memenangi aksi timbal balik ini."
 

Advertisement

Must Watch Video