Sergio Ramos berasakan Real Madrid merupakan antara pasukan yang hampir sempurna di dalam sejarah dan memuji kualiti yang dimiliki juara Eropah itu menjelang aksi berdepan Atletico Madrid dalam aksi timbal balik separuh aksi Liga Juara-Juara (UCL).
Pemain-pemain seperti Alvaro Morata, James Rodriguez, Marco Asensio dan Isco bukan antara kesebelasan utama pasukan tetapi menyerlah setiap kali diturunkan dan Ramos memberikan penghargaan di atas usaha mereka.
"Kami memiliki skuad yang hampir sempurna," kata Ramos
"Real bukan hanya mengenai 11 pemain, kami dibarisi 24, 25 pemain yang sentiasa memberikan saingan untuk menjadi yang terbaik."
Skuad pimpinan Zinedine Zidane itu kini memiliki kelebihan tiga jaringan dalam aksi separuh akhir pertama dan Ramos menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kebimbangan menghadapi perlawanan ini.
"Kami tidak berasakan sebarang tekanan. Kami memiliki kelebihan di dalam perlawanan ini.
"Kami mampu menjuarai dua trofi untuk memberikan yang terbaik. Kami menghormati setiap lawan seperti apa yang kami sentiasa lakukan."