Isco berasakan Real Madrid cuba menunjukkan mereka mampu beraksi baik tanpa Cristiano Ronaldo, walaupun menjangkakan kritikan mengenai peluang melakar kejuaraan jika gagal mengekalkan persembahan cemerlang sejak permulaan musim.
Skuad kendalian Julen Lopetegui tewas kepada Atletico Madrid dalam aksi Piala Super UEFA tetapi memulakan saingan LaLiga dengan penuh bergaya, menjaringkan 10 gol dalam tiga perlawanan.
Tujuh daripadanya dicetak oleh Karim Benzema dan Gareth Bale, manakala bintang Portugal itu masih lagi belum membuka jaringan sejak berhijrah ke Juventus.
Isco mengakui Real berusaha untuk beraksi dengan baik tanpa pemenang Ballon d'Or lima kali itu tetapi berasakan akan mula rasa kehilangan kualiti yang dimiliki penyerang itu.
"Ronaldo adalah seorang pemain yang menakjubkan. Dia memberikan jaminan 40 hingga 50 gol semusim. Tetapi jika kami meraih kemenangan, mereka akan berkata pasukan tidak memerlukannya tetapi jika kalah, ketiadaannya dianggap sebagai satu kehilangan.
"Real bermain cemerlang, pemain-pemain yang kurang menjaringkan gol tahun lalu kini berjaya melakukannya. Buat masa ini, kami tidak merinduinya. Saya mengucapkan semoga berjaya di Juve.
Isco sedang membuat persiapan bersama Sepanyol untuk berdepan England dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA pada Sabtu, aksi pertama di bawah kendalian Luis Enrique yang mengambil alih pasukan selepas tamat Piala Dunia.
Perancang Real itu teruja berlatih dengan menggunakan taktikal bekas pengurus Barcelona itu, walaupun beliau melakukan perubahan dalam corak permainannya.
"Kami mengenalinya. Dia memiliki banyak perwatakan dan telah banyak memenangi gelaran. Pada akhirnya, falsafah serta ideanya adalah sama. Beliau cuba melakukan perubahan tetapi ia adalah hampir sama."