Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Real Madrid tandatangani Jovic

luka-jovic_.jpg
Real Madrid mengumumkan pembelian Luka Jovic daripada Eintracht Frankfurt dengan yuran yang dilaporkan €60 juta (RM282 juta).

Jovic menonjolkan diri selaku antara pemain yang paling menjadi rebutan di Eropah selepas menjaringkan 17 gol Bundesliga di samping 10 gol lagi dalam laluan Eintracht ke separuh akhir Liga Europa 2018-19.

Barcelona dikatakan berminat untuk menandatangani Jovic dan dilaporkan meninjau penyerang Serbia itu dalam pencarian pengganti jangka panjang kepada Luis Suarez.

Sebaliknya, pasukan musuh ketat, Madrid, yang dapat memeterai perjanjian dengan Jovic, yang menurunkan tandatangannya terhadap kontrak lima tahun dengan Los Blancos untuk pembinaan semula pasukan di bawah Zinedine Zidane.

Jovic adalah pemain kedua yang menyertai Madrid sejak kembalinya Zidane, selepas pembelian Eder Militao daripada Porto, Mac lalu.

Eintracht membuat keuntungan besar ke atas pemain berusia 21 tahun itu, dengan hanya perlu membayar Benfica €6 juta (RM28) hasil melunaskan penukaran status pinjamannya.

Jovic dijangka hanyalah yang pertama daripada pembelian besar Madrid dalam projek pembinaan semula pasukan daripada musim yang penuh kehambaran.

Los Blancos – yang turut dikaitkan dengan usaha memikat dua pemain daripada Liga Perdana Inggeris, Eden Hazard dan Paul Pogba – berkesudahan di tangga ketiga LaLiga, 19 mata di belakang juara,
Barcelona, yang turut menyingkirkan mereka dalam separuh akhir Copa del Rey.

Jovic dijangka berupaya meningkatkan ancaman serangan Madrid musim depan, dengan Pengarah Sukan Eintracht, Fredi Bobic, menyifatkan penyerang itu memiliki kepantasan dan ketajaman penyudah yang sudah menular di Eropah sepanjang dua tahun lalu.

Advertisement

Must Watch Video