Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Real Madrid raja UCL -- Guardiola

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

guardiola.jpg
Pep Guardiola melabel Real Madrid sebagai raja Liga Juara-Juara (UCL) ketika bekas pengendali Barcelona itu membuat persiapan untuk memimpin Manchester City berdepan pasukan yang dicontohinya.

City berkunjung ke Santiago Bernabeu Rabu ini untuk aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) berdepan skuad Real yang dikendali Zinedine Zidane dan Guardiola menekankan pengalaman yang kurang dalam usaha untuk bergelar juara Eropah.

Real muncul juara empat kali dalam tempoh enam edisi UCL dan masih lagi mengekalkan sebahagian besar daripada pemain menunjangi pasukan tersebut, manakala Claudio Bravo dan Scott Carson adalah antara pemain City yang pernah memenangi kejohanan tersebut.

Pengendali City, Guardiola, mengetepikan perseteruannya dengan kelab itu, ketika beliau membimbing Barca, dan memberitahu,  "Saya sangat mengagumi kelab itu.

"Pemain-pemain yang beraksi di sana telah banyak memenangi aksi final UCL.

"Mungkin hanya Claudio Bravo telah memenangi UCL yang beraksi bersama City sekarang. Kami sememangnya kekurangan kualiti serta pengalaman beraksi di pentas ini. Kami memerlukan keyakinan untuk bergelar juara."

 

Advertisement

Must Watch Video