Skip to main content

Bola Sepak

Real Madrid pertimbang rehatkan Karim Benzema

karim-benzema.jpg
Real Madrid belum mahu mengambil risiko tinggi dan sedia meminggirkan Karim Benzema untuk pertemuan LaLiga bertemu Getafe, awal pagi esok, biarpun penyerang itu beraksi penuh ketika berdepan Shakhtar Donetsk, kelmarin. 

Pemain berusia 34 tahun itu telah menyumbat empat gol dan mencatat satu bantuan jaringan dalam lapan perlawanan musim ini termasuk tiga gol dalam lima perlawanan LaLiga sebelum terlepas aksi akibat masalah otot. 

Tetapi berdasarkan laporan Marca, pengurus Los Blancos, Carlo Ancelotti, tidak menolak ketua pasukan itu mungkin hanya berada di bangku simpanan pada hujung minggu ini selepas mengadu keletihan dan tidak berlatih semalam.

“Dia telah bermain dua perlawanan berturut-turut selepas sebulan berehat dan dia agak letih. 




"Dia tidak diketepikan untuk esok dan jika dia sihat dia akan berada dalam permainan," katanya dalam sidang media pra-perlawanan malam tadi. 

Dalam masa sama, penjaga gol, Thibaut Courtois bakal terlepas perlawanan ketiga berturut-turut ekoran masalah belakang, begitu juga Dani Ceballos yang dilanda hamstring. 

Advertisement

Must Watch Video