Carlo Ancelotti tidak menafikan persembahan longlai Real Madrid dalam separuh masa pertama merupakan kelemahan ketara sejak kebelakangan ini selepas mereka memerlukan gol separuh masa kedua daripada Marco Asensio, Vinicius Junior dan Karim Benzema untuk menewaskan Alaves 3-0.
Tuan rumah segera memadam kekecewaan dihadiahkan Paris Saint-Germain (PSG), pertengahan minggu ini, apabila mengorak langkah dalam perjuangan LaLiga.
Madrid bergelut dalam pertembungan di Stadium Bernabeu itu awal pagi tadi sebelum Asensio merobek gawang lawan menerusi percubaan solo jarak jauh pada minit ke-63.
Penyerang itu kemudian dengan cemerlang bergabung dengan Karim Benzema untuk mencipta gol kedua yang disudahkan Vinicius ketika permainan berbaki 10 minit sebelum Benzema menyempurnakan sepakan penalti pada masa tambahan.
Keputusan itu meletakkan Madrid unggul tujuh mata di persada liga sementara pencabar terdekat, Sevilla, pula beraksi malam ini.
"Kami telah bercakap mengenainya minggu ini, adalah sukar bagi kami untuk menonjolkan keamatan yang diperlukan," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan apabila ditanya mengenai persembahan anak buahnya dalam separuh masa pertama.
"Ia adalah kelemahan kami, semoga kami dapat mengatasinya."
Di sebalik kebuntuan dan kehambaran babak awal, Los Blancos hanya mula membuat menukar pemain pada minit ke-82 iaitu sebaik mereka mendahului 2-0 hingga mendorong siulan penyokong.
Namun, Ancelotti yang ceria dengan sumbangan ketiga-tiga penyerangnya itu menganggap tiada keperluan untuknya gopoh mengubah percaturan di sebalik aksi separuh masa pertama yang kurang memberangsangkan.
“Ketika rehat, saya sempat berpesan kepada mereka supaya meningkatkan tempo permainan.
"Apabila Asensio menjaringkan gol, kami memutuskan untuk tunggu. Saya gemar melihat apa yang mereka lakukan, kami bermain dengan baik.
"Cuma kami kurang berkesan di kawasan akhir benteng lawan.
"Kami memberikan komitmen tetapi kami kekurangan sedikit kualiti di bahagian terakhir kubu lawan."