Real Madrid meluahkan rasa berterima kasih dan memberikan penghargaan buat Casemiro menjelang perpindahan pemain itu ke Manchester United.
United bersetuju untuk mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £60 juta (RM317.7 juta) dan bayaran tambahan bernilai £10 juta (RM52.95 juta) untuk mendatangkan pemain tengah itu ke Old Trafford.
Pemain kebangsaan Brazil itu dijangka akan mengikat kontrak selama empat tahun bersama The Red Devils, yang kini terperosok di dasar Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kekalahan dalam dua perlawanan pertama di bawah bimbingan pengurus baru, Erik ten Hag, musim ini.
Casemiro menyertai Los Blancos pada Januari 2013 ketika berusia 20 tahun, di mana dia kemudian memenangi 18 trofi bersama pasukan itu -- termasuk lima gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Tiga gelaran LaLiga dan tiga kejuaraan Piala Dunia Kelab.
Pemain berusia 30 tahun itu akan menyertai satu sidang media di Bandar Real Madrid pada Isnin ini, di mana presiden, Florentino Perez, akan mewakili pasukan juara LaLiga itu untuk memberikan ucapan perpisahan buat bekas tonggak mereka itu.
Madrid memberikan penghargaan buat Casemiro selepas kesepakatan itu dipersetujui The Red Devils hari ini.
Satu kenyataan yang dikeluarkan laman web rasmi kelab itu berkata: Real Madrid mahu mengucapkan terima kasih dan memberikan penghargaan buat Casemiro, yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah kelab ini.
"Selain daripada kejayaan besarnya, Casemiro akan sentiasa diingati oleh segenap Madridistas sebagai sesuatu yang bernilai buat kelab ini. Pemain contoh yang memberikan segala-galanya buat Real Madrid.
"Real Madrid akan sentiasa menjadi rumahnya dan mendoakan kejayaan dia dan keluarganya dalam lembaran baru hidup mereka."
Dengan United akan berdepan Liverpool pada hari yang sama sidang media Casemiro diadakan di Madrid, penampilan pertamanya mungkin dapat dilakukan ketika bertemu Southampton seminggu kemudian.

? #GraciasCasemiro ? pic.twitter.com/k9ZJjRyxrX
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) August 19, 2022