Los Blancos telah memantau pemain berusia 23 tahun itu selama beberapa tahun semasa berada di RB Salzburg dan Borussia Dortmund.
Haaland mempunyai musim debut yang menakjubkan apabila berjaya memecahkan rekod di bawah Pep Guardiola pada 2022-23 dan memainkan peranan penting dalam membantu Citizens memenangi gelaran treble.
?? Erling Haaland...
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 14, 2023
? Won 2022-23 Champions League, Premier League & FA Cup
⚽ Won Premier League Golden Boot with record goal haul
? Won 2022-23 European Golden Shoe pic.twitter.com/gJt9rUU8fu
Menurut laporan dari outlet Sepanyol AS melalui Sport Witness, Real Madrid kini telah dimaklumkan mengenai klausa pelepasan pemenang kasut emas Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, yang dipercayai berada dalam lingkungan £171.6 juta dan akan menjadi aktif pada tahun depan.
Bagaimanapun, nilai klausa pelepasan ditetapkan untuk berkurangan dalam setiap jendela perpindahan selepas 2024 sehinggalah kontrak tamat pada 2027.
Difahamkan juga walaupun Los Blancos telah dikaitkan dengan perpindahan untuk Kylian Mbappe dari Paris Saint-Germain, ahli tampuk pimpinan kelab tertentu lebih suka perolehan pemain nombor sembilan yang lebih tradisional, dan Haaland mendahului senarai calon.
Haaland memecahkan rekod jaringan gol EPL musim lalu dengan 36 gol, menewaskan Andy Cole dan Alan Shearer, yang mencipta rekod sebelumnya dalam 42 perlawanan semusim.
Penyerang Norway itu juga memecahkan rekod gol terbanyak dalam satu musim dalam semua pertandingan oleh pemain EPL (52), mengatasi jaringan 44 gol oleh Mohamed Salah dan Ruud van Nistelrooy pada musim sebelumnya.