Skip to main content

Bola Sepak

Real kurang bisa tanpa Ronaldo -- Messi

messi_1.jpg
Lionel Messi yakin perpindahan Cristiano Ronaldo menyaksikan Real Madrid kurang berbisa dan menjadikan Juventus sebagai salah sebuah pasukan pilihan memenangi Liga Juara-Juara (UCL).

Ronaldo mengejutkan dunia bola sepak apabila meninggalkan Real untuk bersama Juve pada Julai lalu, menyertai juara Serie A itu dengan perpindahan bernilai EURO112 juta (RM536 juta).

Ia menyaksikan tempoh sembilan tahun Ronaldo bersama Real berakhir selepas memenangi empat gelaran UCL sementara empat anugerah Ballon d'Or.

Real memulakan musim LaLiga dengan baik tanpa Ronaldo apabila memenangi tiga perlawanan pertama tetapi Messi –- yang terkejut di sebalik perpindahan seterunya itu -- yakin mereka tidak berada di tahap terbaik tanpa bintang Portugal itu.

"Real Madrid merupakan antara pasukan terbaik dunia kerana memiliki skuad yang berkualiti.

"Tetapi tanpa Ronaldo, kualiti mereka berkurangan dan menjadikan Juventus antara pilihan untuk memenangi UCL.

"Ia mengejutkan saya ketika Ronaldo berhijrah. Saya tidak dapat membayangkan dia meninggalkan Real atau menyertai Juventus.

"Banyak pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya. Dia telah menyertai kelab yang memiliki barisan pemain yang berkualiti."

 

Advertisement

Must Watch Video