Pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, teruja melihat reaksi yang dipamerkan anak-anak buahnya susulan kekalahan di tangan Liverpool apabila juara Ligue 1 itu menundukkan Rennes 3-1.
Jaringan sendiri daripada Adrien Rabiot pada awal permainan memberikan kejutan buat PSG tetapi rembatan Angel Di Maria pada penghujung babak pertama membolehkan mereka mengikat kedudukan sebelum gol daripada Thomas Meunier dan Eric Maxim Choupo-Moting melengkapkan kebangkitan juara bertahan itu.
Kemenangan itu menyaksikan PSG mengekalkan rekod bersih Ligue 1 di bawah kendalian Tuchel berbekalkan enam kemenangan daripada enam perlawanan dan bekas pengendai Borussia Dortmund itu jelas gembira melihat persembahan anak-anak buahnya walaupun tewas 3-2 di Anfield dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, minggu lalu.
"Ia adalah reaksi menarik daripada kami selepas aksi di Anfield serta gol awal Rennes," ujar Tuchel.
"Saya gembira. Kami bermain dengan penuh keinginan dan disiplin serta mempamerkan peningkatan. Kami masih perlu meningkatkan persembahan.
"PSG memerlukan 15 hingga 20 minit untuk membalas gol awal Rennes. Apabila kami kehilangan bola, kami pantas memperbaiki keadaan menerusi tekanan.
"Sukar untuk bertahan apabila berdepan Rennes. Ia adalah aksi yang sukar tetapi kemenangan pastinya bagus untuk kami mendapatkan semula keyakinan," ujarnya.