Skip to main content

Bola Sepak

Reaksi Paulo Josue berdepan saingan sengit rebut tempat Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

paulo-josue.jpg
Penyerang naturalisasi negara, Paulo Josue, menyambut baik perkhabaran Rodrigo Holgado sebagai penyerang baharu yang berpangkalan di luar negara. 

Ketua pasukan Kuala Lumpur (KL) City itu bakal berdepan persaingan yang lebih sengit untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama dalam kempen kelayakan Piala Asia menerusi kelibat penyerang tersebut. 

"Dia beraksi di Colombia, dalam satu kancah yang sukar. Kehadirannya amat dialu-alukan di sini. 

"Saya harap dia dapat membantu pasukan, begitu juga sebalik. 




"Saya harap dia dapat beraksi dengan baik, bantu pasukan dan kehadirannya satu penambahan yang baik buat pasukan. 

"Liga Colombia lebih mencabar berbanding saingan di ASEAN.

"Kelabnya berada di tangga teratas liga dan menjadi satu peluang menarik untuk ke mari membantu kami," katanya yang mempunyai 25 penampilan antarabangsa.
 

Advertisement

Must Watch Video