Bekas pemain Pahang, Razman Roslan, pernah melalui satu mimpi ngeri yang menyaksikan kesilapannya secara tidak langsung menyerahkan kelebihan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam Piala Malaysia 2014.
Bekas ketua pasukan yang bertindak sebagai pertahanan tengah itu mengakui tersilap langkah hingga memberikan sepakan penalti yang disudahkan pemain import Harimau Selatan, Luciano Figueroa, untuk JDT mendahului 2-1 dalam babak pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Ia meninggalkan Datuk Zainal Abidin Hassan yang berada di bangku sebagai ketua jurulatih Tok Gajah terpinga-pinga.
"Saya kalau pemain baru, saya OK lagi. (Tapi) ini kapten aku," kata Zainal dalam rancangan Episod 15: Bola Dulu Baru Baru Kamu!
Di sebalik bertambah pincang kehilangan Saiful Nizam Miswan akibat kad merah, Pahang masih berupaya mengikat kedudukan 2-2 sebelum muncul juara menerusi penentuan sepakan penalti.
"Saya sebenarnya silap (jangkaan mengenai) gol kedua itu.
"Bola itu memang tinggi, saya tidak tahu daripada siapa.
"Saya cuba halang Lucho (Figuero) dan bola jatuh atas tangan. Ada yang kata saya silau tapi tidak.
"Pengadil berikan sepakan penalti dan saya beritahu pengadil saya bukan sengaja," katanya.