Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) menolak rayuan Bastia terhadap keputusan pembatalan perlawanan Ligue 1 menentang Lyon pada April lalu.
Perlawanan diberhentikan selepas penyokong Bastia mencetuskan masalah ketika kedudukan masih 0-0, apabila pemain Lyon diserang penyokong ketika sesi pemanas badan sebelum perlawanan bermula yang menyebabkan sepak mula dimulakan lewat sejam.
Advertisement
Pengarah Bastia, Anthony Agostini, turut digantung enam bulan oleh FFF dalam keputusan yang dibuat pada Selasa.
Bastia sekadar menamatkan musim 2016-17 di tangga terbawah liga, selepas tewas dalam perlawanan terakhir 1-0 menentang Marseille, sekaligus menyebabkan mereka tersingkir ke Ligue 2 pada musim hadapan.