LIGA SUPER MSIA
Rasmi: Ini jadual penuh Liga Malaysia musim depan
Selepas proses transisi Liga Malaysia (Liga-M) pada musim 2024/25, kalendar Liga Super kini selari dengan liga-liga luar negara di mana tirai saingan akan bermula pada 8 Ogos 2025 dengan Perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah) yang juga perlawanan pertama melibatkan juara, (Johor Darul Ta'zim, (JDT) dan naib juara liga, Selangor
Stadium Sultan Ibrahim (SSI) akan menjadi venue kepada aksi pembukaan tersebut.
Saingan Piala FA dijadualkan bermula pada 15 Ogos 2025 manakala perlawanan akhir akan berlangsung pada 14 Disember 2025.
Iklan
Kejohanan berprestij Piala Malaysia pula akan membuka tirai pada 17 Januari 2026 dan kemuncak perebutan kejuaraan pada 23 Mei 2026.
Sementara saingan MFL Challenge Cup pula bakal bermula pada 6 Februari 2026 dengan dua aksi perlawanan akhir pada 4 April 2026 dan 18 April 2026.
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kali ini mengeluarkan kalendar penuh semusim berbanding musim lalu secara berperingkat.
Bagaimanapun, MFL ingin menjelaskan bahawa kemungkinan pindaan jadual akan berlaku memandangkan sesi undian Liga Juara-Juara Asia (ACLE) dan (ACL2) bakal berlangsung pada 15 Ogos 2025 melibatkan penyertaan JDT dan Selangor.
Kalender Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang melibatkan skuad kebangsaan, Harimau Malaya, dalam Kelayakan Piala Asia 2027, Kejohanan Piala Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA), Kelayakan Piala Asia bawah 23 tahun (B-23) 2026, Sukan SEA Thailand, pergerakan logistik dan operasi video bantuan pengandil (VAR), tempoh rehat dan perjalanan kelab serta Hari Pelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2025/26 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, venue perlawanan yang tidak dibenarkan bermain pada bulan Ramadan turut dipertimbangkan dan akan kemas kini.
Klik di sini untuk jadual penuh Liga-M
Link: https://surl.li/ucvkxa
Must-Watch Video



