Marcus Rashford bertekad untuk memastikan Manchester United mencabar kejuaraan utama selepas menandatangani kontrak baru selama empat tahun bersama kelab itu.
Pemain berusia 21 tahun itu melanjutkan tempoh di Old Trafford sehingga 2023 berserta pilihan untuk tahun seterusnya, sekali gus memberi suntikan besar buat era Ole Gunnar Solskjaer.
Rashford muncul pemain paling banyak terlibat dalam penghasilan jaringan buat United bagi semua kejohanan sejak penampilan pertamanya pada Februari 2016 dan mengesahkan kepentingannya buat pasukan tetapi peningkatan yang dipamerkan merupakan perkara positif yang jarang berlaku sejak persaraan Sir Alex Ferguson.
United menamatkan saingan liga musim lalu dengan ketinggalan 32 mata di belakang Manchester City dan Rashford mengakui dia terluka melihat kelabnya jauh ketinggalan berbanding seteru utama itu.
Bercakap kepada The Times selepas mengumumkan perjanjian baru di mana dia bakal menerima bayaran sekitar GBP200,000 (RM1.045 juta) seminggu, dia berkata: "Ia adalah satu kebanggaan besar buat saya untuk menandatangani kontrak.
"United adalah sebuah keluarga besar. Sesetengah kelab tidak memilikinya kerana mereka sekadar pasukan bola sepak. Sebab itu United lebih daripada bola sepak buat saya.
"Saya merupakan peminat yang telah mengubah perasaan mengenainya. Jika kami tewas, ia memberi kesan kepada saya lebih daripada sepatutnya kerana saya adalah peminat.
"Perit untuk melihat di mana kami ketika ini berbanding masa lalu. Saya menggunakan kesakitan itu sebagai motivasi. Ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk meletakkan kelab kembali ke landasan sebenar.
"Tiada apa yang mahu saya lihat berbanding kelab ini kembali menjulang trofi Liga Perdana Inggeris serta Liga Juara-Juara Eropah. Semua orang di sini berhak terhadapnya, lebih daripada apa yang kami berikan sekarang dan ia bukan hanya untuk peminat tetapi termasuk kelab.
"Mereka tidak berhak berada seperti sekarang. Sebagai pemain, kami memiliki peluang untuk cuba dan melupakan tempoh lima atau enam tahun lalu serta kembali meletakkan kelab di landasan sebenar."
Dalam masa sama, Rashford turut mengakui dia mengimpikan untuk bergelar kapten satu hari nanti sambil Solskjaer memujinya sebagai seorang pemain yang benar-benar memahami makna beraksi buat The Red Devils.
"Ia satu tanggungjawab dan saya pasti mengimpikannya apabila sampai masanya nanti," tambah Rashford.
"Sama ada saya menyarung lilitan kapten atau tidak, pasti bagus untuk menjadi ketua dalam pasukan. Banyak orang membawa anda ke peringkat berbeza dalam permainan. Semua orang mahu menjadi ketua.
"Bergelar kapten pastinya memberi satu detik yang menggantikan perasaan sewaktu melihat jersi dengan tertera nama saya buat kali pertama. Jika anda mengetuai pasukan, ia pasti menjadi detik istimewa."