Penyerang muda Manchester United, Marcus Rashford, gembira dengan prestasinya di bawah kendalian Jose Mourinho dan gembira dengan waktu permainan yang diberikan kepadanya musim ini.
Rashford menarik perhatian selepas menyertai skuad utama musim lalu ketika di bawah pengurusan jurulatih dari Belanda, Louis van Gaal, namun gagal memberikan sebarang impak pada peringkat permulaan musim ini.
Mourinho sentiasa percaya akan kebolehan pemain berusia 19 tahun itu dan menyatakan bahawa Rashford adalah salah seorang pemain yang dipercayai dalam satu temubual baru-baru ini.
"Ia sesuatu yang hebat apabila pengurus seperti Mourinho menyatakan saya adalah pemain yang dipercayainya," kata Rashford.
"Apa yang menarik adalah ia tidak datang sekelip mata. Mourinho membuat kami bekerja keras untuk mendapatkan kepercayaannya. Ada detik sukar dan senang tetapi semua pemain berusaha keras bekerja bersamanya," katanya.
Rashford kini telah menjaringkan 11 gol dalam 52 perlawanan di sepanjang musim 2016-17.