Skip to main content

Bola Sepak

Rashford mahu jadi "penyerang mutlak"

marcus-rashford.jpg
Pemain Manchester United, Marcus Rashford, menegaskan dia mahu menjadi "penyerang mutlak" berbanding membentuk dirinya menjadi pemain nombor 9.

Rashford menemui sasaran dalam aksi persahabatan pra-musim berdepan Perth Glory dan Leeds United bulan lalu tetapi gagal menjaringkan sebarang gol dalam tiga penampilan terakhir.

Dia dan Jesse Lingard banyak terlepas peluang ketika meraih kemenangan 1-0 dalam aksi persahabatan bertemu Kristiansund, Selasa lalu, di mana Juan Mata memastikan kemenangan menerusi sepakan penalti dalam masa kecederaan.

Tetapi Rashford memberitahu ia merupakan usaha sepasukan ketika menyerang dan percaya jika pasukannya ingin berjaya musim ini, jaringan perlu hadir daripada pelbagai cara dan sudut.

"Ia bukan sasaran saya untuk menjadi pemain nombor 9," kata Rashford.

"Ia mengenai kebolehan untuk menyesuaikan diri dan bermain dalam beberapa posisi berbeza dan menjadi seorang penyerang mutlak. Saya berasakan saya mampu menjaringkan gol daripada pelbagai posisi.

"Ia sangat penting. Jika seorang pemain boleh menjaringkan kesemua gol, ia memberikan satu perasaan  berbeza berbanding kesemua pemain yang berusaha mencari jaringan buat pasukan."

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu telah memenangi kesemua perlawanan pra-musim dan ketika Rashford mengakui dia mampu menghasilkan lebih banyak lagi impak, penyerang kebangsaan England itu teruja menyaksikan perkembangan pasukan.

"Banyak lagi usaha yang harus kami lakukan dan tahap permainan pasukan semakin meningkat," ujarnya.

"Itu adalah perkara yang paling penting. Kami mengutamakan perkembangan dalam mutu permainan sebagai satu pasukan dan berusaha untuk maju ke hadapan.

"Tahap kecergasan kami sudah mula meningkat dan corak permainan yang telah diusahakan mula ditampilkan dalam perlawanan. Ia adalah perkara yang penting."

Advertisement

Must Watch Video