Skip to main content

Bola Sepak

Rasa seperti Steve McQueen, Valverde tegaskan masih terima sokongan di Barcelona

ernesto-valverde-cropped_1t31co0v2q4el1pokhzidkeho0.jpg
Ernesto Valverde menegaskan dia menerima sokongan penuh pihak pengurusan Barcelona walaupun kekalahan mengejut di tangan Liverpool membuatkannya seperti Steve McQueen dalam filem epik The Great Escape.
,
The Catalans mengalami kekalahan memalukan 4-0 di Anfield, Selasa lalu, sekali gus menyingkirkan mereka daripada separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah menerusi agregat 4-3.

Kelebihan tiga gol yang diraih sewaktu aksi pertama meletakkan mereka dalam kedudukan selesa, namun seperti apa yang dilalui ketika bertemu Roma musim lalu, Barca tunduk dalam saingan timbal balik sehingga meranapkan impian kejuaraan 'treble'`.

Keputusan itu menimbulkan persoalan mengenai masa depan Valverde selaku pengurus walaupun dia mengemudi Barca menjulang trofi LaLiga dan mara ke final Piala Raja Sepanyol menentang Valencia.

Bekas pengendali Athletic Bilbao itu membandingkan usaha melupakan aksi Liverpool dengan watak McQueen yang mahu melepaskan diri daripada penjara kem perang Nazi dalam sebuah filem terkenal sekitar 1963 tetapi menegaskan dia tidak fikir kedudukannya tergugat.

"Ya, seperti biasa," kata Valverde ketika ditanya sama ada menerima sokongan presiden, Josep Maria Bartomeu.

"Saya bercakap dengannya dan sentiasa rasa disokong oleh kelab. Banyak spekulasi apabila dikejutkan sebegitu. Semua orang cuba mengambil kesempatan."

"Ia seperti dalam filem The Great Escape, dengan Steve McQueen. Mereka menangkapnya setiap kali cuba keluar. Saya rasakan perkara sama. Ia seperti meletakkan saya ke dalam penjara setiap kali saya cuba lupakan.

"Namun, saya mahu tampilkan permainan sebenar menentang Getafe malam ini. Anda tidak akan berhenti fikirkan mengapa dan apa yang terjadi.

"Saya rasa saya mempunyai kekuatan untuk meneruskan. Saya rasa bagus dan mahu meneruskan langkah, bukan bersembunyi."

Advertisement

Must Watch Video