Skip to main content

Bola Sepak

Rasa macam baru kahwin semalam -- Faisal Halim, isteri kembali bertaut

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fh.jpg
Hubungan pemain kebangsaan, Faisal Halim bersama isterinya  Nur Syazwani Mizuana Shahril Kembali Bersama menerusi satu perkongsian di laman Instragramnya hari ini.

Terdahulu, isterinya meluahkan apa yang terbuku di hatinya berkenaan status rumah tangganya ketika ini sebelum mengesahkan menfailkan permohonan cerai selepas enam tahun usia perkahwinan mereka.

"Alhamdulilah, memaafkan dan melupakan. Semoga Allah melindungi perkahwinan kami sampai syurga. Rasa macam baru kahwin semalam." kongsi Syazwani di laman Story Instagram.

Untuk rekod, pemain berusia 27 tahun antara pemain yang dipanggil menyertai kem Harimau Malaya bagi perlawanan persahabatan Tier 1 berdepan Singapura dan Palestin.

Namun, Namanya dikeluarkan daripada perancangan ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, menjelang aksi kedua dengan Cklamovski turut berkongsikan: "Dia sentiasa menonjolkan semangat yang tinggi ketika latihan dan menunjukkan komitmen terbaik bersama Harimau Malaya.

"Dia juga berdepan situasi peribadi ketika ini dan kami sangat memahami." katanya.



Advertisement

Must Watch Video