Skip to main content

Bola Sepak

Rantai kelibat Hazard -- Ramsey

hazard-260517.jpg
Aaron Ramsey berkata Arsenal perlu menghadapi Eden Hazard secara berdepan bagi mengelak dia mencipta kemusnahan dalam perlawanan akhir Piala FA. 

Arsenal akan berdepan Chelsea dalam pertembungan di Stadium Wembley, hujung minggu ini, dengan skuad kendalian Arsene Wenger mahu meraih trofi selepas menamatkan musim ini di tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) manakala The Blues memburu kejayaan berganda. 

The Gunners menang 3-0 ke atas Chelsea pada September lalu, namun anak buah Antonio Conte membalas dendam dengan kemenangan 3-1 di Stamford Bridge, Februari lalu, di mana Hazard menyumbat gol individu yang mengagumkan. 

"Saya berpendapat corak awal permainan kami di tempat sendiri pada separuh masa pertama begitu cemerlang," kata Ramsey yang menjadi wira ketika mereka menjulang kejayaan dalam perlawanan akhir Piala FA 2014 ke atas Hull City. 

"Kami memenangi aksi separuh masa pertama. Kami begitu pantas, serangan balas kami juga bagus, kami menutup ruang dan memerangkap mereka, semuanya berjalan lancar pada hari berkenaan. 

"Saya pasti aksi serupa diperlukan bagi menewaskan mereka dalam final. 

"Dalam aksi di tempat lawan, ia perlawanan yang berbeza kerana kami mungkin memberikan terlalu banyak ruang kepada pemain individu bergerak bebas. Hazard dibiarkan bebas sehingga berjaya meletakkan bola ke dalam gawang. 

"Kami tidak boleh membiarkan ia berlaku lagi, kami perlu berdepan dengannya dan menyekatnya."

Arsenal memburu kejayaan Piala FA ketiga dalam tempoh empat musim manakala Chelsea belum pernah memenangi trofi itu sejak 2012. 

Advertisement

Must Watch Video