Skip to main content

Bola Sepak

Rangnick belum sedia lepaskan Cavani

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cavani.jpg
Ralf Rangnick menjelaskan Edinson Cavani pasti tidak akan dibenarkan meninggalkan Manchester United dalam jendela perpindahan pertengahan musim ini.

Cavani hanya memulakan tiga perlawanan buat The Red Devils musim ini tetapi tersenarai dalam kesebelasan ketika kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Burnley selepas jaringan penyamaannya di Newcastle United menyelamatkan maruah mereka pada minggu lalu. 
 
Penggempur Uruguay itu telah dikaitkan ke Barcelona dan Juventus berikutan kecewa dengan peluang terhad di Old Trafford.

Tetapi pengurus sementara itu telah memberitahu khidmat Cavani -- yang masih memiliki kontrak hingga akhir Jun depan -- di United masih diperlukan. 

"Dia tahu bahawa saya pasti tidak akan melepaskannya," kata pengurus berbangsa Jerman itu.

 


Dia menambah: "Saya memberitahunya sejak hari pertama lagi bahawa dia adalah seorang pemain yang sangat penting. Dia mungkin satu-satunya penyerang sejati kami. 

"Dan seperti yang saya katakan, mutu profesionalisme yang dipamerkannya, etika kerjanya sangat mengagumkan dan saya memberitahunya bahawa saya sangat mahu dia kekal hingga akhir musim ini. 

"Dia tahu. Dia juga tahu betapa tingginya saya menilai dan menghormatinya.

"Kami pasti memerlukan Edi. Saya lebih suka mempunyai Edi lain selain daripada itu tetapi bagi saya jelas bahawa Edi perlu kekal."

 

Advertisement

Must Watch Video