Aaron Ramsey tidak akan bermain untuk Arsenal lagi, demikian Unai Emery mengesahkan.
Pemain Wales itu ditimpa kecederaan hamstring dalam aksi suku akhir Liga Europa menentang Napoli, bulan lalu.
Pengurus Arsenal, Emery, pada mulanya mengharapkan Ramsey akan kembali sebelum akhir musim ini.
Namun, Emery akur apabila pemain tengah yang di ambang penghijrahan ke Juventus itu telah pun beraksi buat kali terakhir bersama kelab itu.
"Kami tidak dapat menggunakan khidmatnya. Kecederaan menimpa pemain sepertinya dan kami mempunyai pemain lain yang boleh dipertaruhkan," Emery memberitahu sidang akhbar sempena pertemuan dengan Valencia, awal pagi esok.
"Bagaimanapun, dia berlapang dada ketika dilanda kecederaan ini. Saya mempunyai pengalaman yang baik dengan dia, dia akan menyalurkan tenaga dan hatinya yang merah kepada Arsenal.
"Saya ingin menikmati situasi ini bersama-samanya. Saya sempat katakan kepadanya, saya mahu melakukan sesuatu yang penting dengan anda.
"Dia amat penting di kelab ini dan kepada barisan pemain kerana memainkan peranan penting terhadap pemain baru.
"Dia menandatangani kontrak bersama Juventus tetapi dia masih bertindak profesional dan sentiasa berjuang untuk kelab ini.
"Beberapa pemain yang lain mungkin sudah berhenti berjuang -- tetapi dia sayangkan kelab ini dan dia memberikan komitmen sebanyak 100 peratus.
"Dia mempunyai mentaliti yang hebat, saya akan merinduinya -- kami mempunyai kenangan yang baik."
Ketua pasukan Arsenal, Laurent Koscielny, turut memberikan ucapan kepada Ramsey lebih awal menjelang perpindahannya ke kelab juara Serie A itu.
"Dia menyanyangi kelab ini," kata Koscielny kepada wartawan. "Dia mengerah 100 peratus kudratnya untuk kelab ini.
"Kami akan merinduinya kelak. Saya fikir kejayaan Piala FA pertama yang kami menangi bersama adalah hasil bantuannya. Ia satu kenangan yang baik."
Ramsey menyertai Arsenal daripada Cardiff pada 2008 dan telah memenangi tiga trofi Piala FA di kelab itu.