Sergio Ramos mengagumi Eden Hazard dan percaya bintang Chelsea itu akan menjadi pemain baru yang hebat buat Real Madrid.
Hazard, 28, dijangka akan melengkapkan perpindahan yang sudah lama dinanti-nantikan dengan gergasi LaLiga, Real Madrid, selepas memaparkan aksi luar biasa ketika membantu pasukannya menjulang kejuaraan Liga Europa, awal pagi semalam.
Pemain kebangsaan Belgium itu menjaringkan dua gol ketika membantu kemenangan 4-1 Chelsea ke atas Arsenal dan mendedahkan perpindahannya itu akan disahkan dalam beberapa hari.
Ramos, yang dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Super China, mengadakan sidang media semalam bagi mengesahkan semula komitmennya dengan skuad kendalian Zinedine Zidane itu sebelum diajukan beberapa soalan mengenai perpindahan Hazard ke pasukannya.
"Hazard merupakan pemain yang hebat dan dia akan menjadi tambahan yang hebat buat Real Madrid," kata kapten dan pertahanan tengah itu.
"Saya tidak tahu sama ada dia akan ke sini, saya tidak tahu situasinya, namun dia akan menambah sesuatu yang besar buat pasukan ini," katanya.
Kontrak Hazard di Stamford Bridge cuma berbaki 12 bulan dan ia bermakna Madrid perlu mematuhi tawaran harga yang diletakkan Chelsea untuk memastikan perpindahan itu.
Bekas penyerang Lille itu telah menghabiskan tujuh tahun di London dengan memenangi dua kejuaraan Liga Europa dan Liga Perdana Inggeris.
Paul Pogba dan Luka Jovic juga antara pemain yang dikaitkan untuk menyertai Madrid dengan Ramos menjangkakan perpindahan hebat akan berlaku sebelum permulaan musim baru.
"Saya rasakan ia benar-benar menarik tentang pemain yang akan datang dan pergi tetapi ia pastinya bagus.
"Kami akan mempunyai pasukan baru. Saya pasti akan ada yang meninggalkan pasukan dan pemain baru akan tiba.
"Kami perlu lebih bernafsu dan bermotivasi.
"Mereka katakan apabila anda memenangi terlalu banyak, anda akan kurang bernafsu, namun itu tidak terjadi kepada saya.
"Membawa masuk pemain baru akan membuatkan anda teruja dan positif, jadi saya rasakan kami mempunyai masa depan yang cerah.
"Keputusan dan gelaran adalah perkara terpenting dan itulah yang kami mahukan," katanya lagi.