Skip to main content

Bola Sepak

Ramos amat luar biasa -- Hierro

sergioramos.jpg
Fernando Hierro menganggap kapten Real Madrid, Sergio Ramos, "amat luar biasa" dan memuji rekod jaringan pertahanan tengah itu.

Ramos mengatasi Hierro di tempat kelima dalam senarai penampilan paling banyak dalam LaLiga sepanjang zaman buat Madrid ketika menewaskan Osasuna kelmarin -- turun dalam penampilannya yang ke-440 buat pasukan gergasi Sepanyol itu.

Pertahanan itu turut menjaringkan gol keenamnya musim ini dalam kemenangan 4-1 itu, yang memastikan Madrid mengekalkan kelebihan tiga mata di puncak liga.

Hierro, yang merupakan antara legenda Madrid, berkata apa yang telah dicapai Ramos bersama pasukan itu amat luar biasa.

"Sergio Ramos sememangnya amat luar biasa," katanya kepada LaLiga.

"Beberapa tahun lalu, pertahanan seperti kami berpeluang untuk menjaringkan gol sekiranya kami diturunkan sebagai pemain tengah.

"Tetapi pada hari ini, dalam zaman ini, dalam abad ke-21 ini, Sergio amat luar biasa.

"(Gerard) Pique juga kerap menjaringkan gol tetapi Sergio benar-benar di luar jangkaan.

"Rekod jaringannya bersama Real Madrid dan pasukan kebangsaannya amat luar biasa," katanya.

Ramos turut menjaringkan 21 gol daripada 170 penampilannya bersama skuad kebangsaan Sepanyol.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found