Skip to main content

Bola Sepak

Ramos akan umum tinggalkan Real Madrid dalam masa terdekat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sergioramos.jpg
Legenda Real Madrid, Sergio Ramos, akan mengumumkan pemergiannya daripada pasukan itu dalam masa terdekat.

Pasukan gergasi LaLiga itu mengesahkan hari ini bahawa akan ada satu majlis perpisahan dengan permain berusia 35 tahun itu, yang kontraknya bersama Madrid akan tamat pada penghujung bulan ini.

Ia sekali gus akan menamatkan tempoh 16 tahun permain pertahanan itu dengan Los Blancos.

Sebagai rekod, Ramos menyertai Madrid daripada Sevilla dengan yuran perpindahan €27 juta (RM133.9 juta) pada 2005 sebelum berkembang menjadi icon dan kapten yang akan dikenang pasukan itu.

Sepanjang tempoh itu, dia telah memenangi kesemua jenis trofi, termasuk lima gelaran LaLiga dam empat kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
 

Advertisement

Must Watch Video