Penyerang Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM), Ramadhan Sananta, kembali kepada pangkuan kelab usai tamat perjalanan Indonesia dalam Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas tewas kepada Arab Saudi dan Iraq, baru-baru ini.
Dengan segera ingin melupakan kekecewaan itu, pemain berusia 22 tahun itu berdepan tugas sukar apabila wakil Brunei itu akan bertemu juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam perlawanan minggu kelapan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), esok.
"Sudah tentu kami belum menerima kekalahan itu kerana semua peminat berharap Indonesia lolos ke Piala Dunia.
"Sebagai pemain, saya sudah memberikan yang terbaik. Saya juga harus berjuang lebih keras di Malaysia.
"Berdepan pasukan bagus seperti JDT memerlukan persediaan penuh.
"Semua pemain menunjukkan dedikasi yang tinggi, dan teruja menentang gergasi Malaysia yang memiliki pemain yang berkualiti," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

“Tentunya masih belum bisa terima hal itu kerana ramai yang berharap Indonesia bisa lolos ke World Cup”, Ramadhan Sananta akui dalam situasi sukar tapi tetap perlu meneruskan perjuangan bersama DPMM dalam aksi Liga Super. ??@ASTROARENA pic.twitter.com/8Z7vbmxUyf
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 24, 2025
"Berdepan pasukan bagus seperti JDT memerlukan persediaan penuh.
"Semua pemain menunjukkan dedikasi yang tinggi, dan teruja menentang gergasi Malaysia yang memiliki pemain yang berkualiti," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Nike Phantom 6 Low Academy
Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Gear Up Sekarang