Skip to main content

Bola Sepak

Rakitic tidak akan tinggalkan Barcelona

ivan-rakitic.jpg
Ivan Rakitic mengesahkan dia akan kekal bersama Barcelona walaupun dikaitkan dengan perpindahan bernilai EURO90 juta (RM436 juta) ke Paris Saint-Germain (PSG).

Spekulasi terhadap masa depan bintang Croatia itu menjadi agenda utama media sukan Sepanyol, dengan pemain tengah itu dikatakan berminat menyertai juara Ligue 1 itu.

Bagaimanapun, Rakitic memberikan maklum balas ketika Barca merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Real Valladolid semalam, dengan menegaskan dia tidak memiliki sebab untuk meninggalkan Nou Camp.

"Terdapat banyak perbincangan sebelum ini tetapi ia telah diselesaikan. Saya akan kekal di sini bersama Barcelona," katanya.

"Sejujurnya, tiada apa yang lebih penting beraksi dengan pasukan ini. Saya akan terus menampilkan aksi terbaik.

"Tekanan yang tinggi buat saya dalam beberapa hari ini dan saya menyedari perkara yang indah buat saya adalah untuk kekal bersama Barcelona.

"Tiada kelab yang mampu ditawarkan kepada saya sama seperti di Barcelona."

Selepas peluang mereka untuk membawa Rakitic ke Paris berakhir, PSG dilaporkan sedang memantau bintang Tottenham, Christian Eriksen, sebelum tamat jendela perpindahan pada 31 Ogos ini.
 

Advertisement

Must Watch Video