Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Rakitic terkejut Iniesta bukan pilihan utama berdepan Russia

andresiniesta.jpg
Ivan Rakitic terkejut apabila melihat bekas rakan sepasukanya di Barcelona, Andres Iniesta, diketepikan daripada ksebelasan utama Sepanyol dalam aksi terakhir Piala Dunia.

Rakitic dan Iniesta memenangi tiga gelaran LaLiga, empat trofi Copa del Rey dan satu gelaran Liga Juara-Juara (UCL) di antara 2015 dan 2018, dan pemain kelahiran Croatia itu terkejut dengan Fernando Hierro terlepas pandang kepada Iniesta ketika berdepan Russia dalam pusingan 16.

Iniesta menggantikan David Silva selepas perlawanan melewati minit ke-67, apabila ia berakhir menerusi kemenangan penentuan sepakan penalti yang memihak kepada tuan rumah selepas perlawanan seri 1-1.

Rakitic agak terkejut apabila mengetahui Iniesta hadir ke dalam perlawanan itu sebagai pemain gantian.

"Mengetahui perkara ini, saya berasakan seperti tidak memahami mengenai bola sepak," kata Rakitic.

"Saya berasakan seperti bermain dalam sukan yang berbeza, melihat pemain terbaik -- mungkin dalam sejarah di posisinya -- di bangku simpanan dan ia amat mengecewakan."

Pesaing di peringkat kelab tetapi rakan sepasukan di pentas antarabangsa, Rakitic menyifatkan kapten Croatia, Luka Modric, sebagai seorang pemimpin dan mengakui kagum dengan bintang Real Madrid itu.

Modric menjaringkan dua kali daripada lapan gol Croatia sepanjang kejohanan sebelum mara ke suku akhir, dan Rakitic menjelaskan kepentingan pemain berusia 32 tahun itu untuk bola sepak Sepanyol.

"Sangat berbangga kerana Croatia memiliki pemain seperti Modric tetapi saya tidak suka melihatnya di Real Madrid.

"Dia mampu meningkatkan mutu pemain-pemain di sekelilingnya, ia menunjukkan ketika dia tidak bersama Real, mereka adalah pasukan yang berbeza."

Croatia mengatasi Russia dalam suku akhir menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 untuk mara ke separuh akhir.
 

Advertisement

Must Watch Video