UCL

Rakitic, Roberto cergas hadapi United

Stadium Astro
Penulis Jemputan
16/04/2019
02:11 MYT
Sponsor Banner
Rakitic, Roberto cergas hadapi United
Ivan Rakitic dan Sergi Roberto disahkan cergas untuk membantu Barcelona menghadapi Manchester United dalam suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi esok.
Rakitic dan Roberto merupakan antara pemain yang digugurkan sewaktu Barca terikat 0-0 dengan Huesca dalam aksi LaLiga, hujung minggu lalu.
Bagaimanapun, gandingan itu akan disenaraikan Ernesto Valverde bagi menghadapi penentuan ke separuh akhir di Camp Nou itu.
Kapten pasukan, Lionel Messi, turut berada dalam senarai utama walaupun menghadapi bengkak di mata dan hidung berdarah selepas menghadapi asakan keras daripada Chris Smalling dalam aksi pertama.
Sementara itu, United turut menerima tenaga baru apabila bekas penyerang Barca, Alexis Sanchez, dan pemain tengah, Nemanja Matic, kembali tersenarai selepas pulih daripada kecederaan.
Bagaimanapun, pengurus, Ole Gunnar Solskjaer, akan berdepan kesukaran untuk mengisi posisi pertahanan kiri selepas Luke Shaw, yang menjaringkan gol sendiri dalam suku akhir pertama, digantung perlawanan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video